Terdiri daripada dua golongan:
-Masyarakat Badwi (tinggal di kawasan pedalaman)
-Masyarakat Hadari (menetap di kawasan pesisiran pantai)
Ciri-ciri
Agama dan Kepercayaan
-Wathani (menyembah berhala)
-Animisme (memuja alam seperti pokok)
-Samawi (Kritian dan Yahudi)
-Kepercayaan (menilik nasib, sihir, mempercayai roh orang mati menjadi burung)
-Khurafat (kepercayaan karut atau tahyul)
-Agama Hanif (agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t. sebelum wujudnya Nabi Muhammad s.a.w., penganutnya digelar Hunafa)
Sosial
-perbuatan yang tidak bermoral seperti berjudi, berzina dan meminum arak.
-lelaki yang mabuk menunjukkan kesempurnaan sebagai seorang lelaki.
-kedudukan wanita dalam masyarakat adalah rendah sehingga tidak dapat mewarisi harta pusaka ibu bapa.
-bayi perempuan ditanam hidup-hidup kerana dianggap menjatuhkan maruah keluarga.
-tidak ada peraturan khusus dalam soal perkahwinan yang boleh dijadikan panduan.
-seseorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita sekali gus atau dengan sesiapa yang disukainya.
Ekonomi
-aktiviti perniagaan dijalankan berasaskan riba dan penindasan.
-kegiatan merompak dan merampas barangan daripada *kafilah merupakan punca mata pencarian dan kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap individu masyarakat Arab Jahiliah.
-eksploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh golongan berada.
*kafilah: kumpulan manusia yang bergerak dari satu tempat dengan satu tujuan, contohnya berniaga atau berpindah.
- Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan Sistem Kabilah yang berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok.
- Setiap kabilah mempunyai identiti dan peraturannya sendiri.
- Sesuatu kabilah diketuai oleh seorang syeikh yang juga merupakan lambang perpaduan kaum mereka.
- Bakal syeikh mestilah berfikiran matang, gagah, berani, dan pandai berpidato.
Amalan Sistem Kabilah telah mendatangkan kesan yang negatif :
- Kemunculan semangat assabiah.
- Semangat kesukuan yang melampau.
- Tercetusnya peperangan di kalangan masyarakat.
- Kemunculan semangat assabiah ini berpunca daripada struktur Sistem Kabilah yang berasaskan keturunan.
- Dalam Sistem Kabilah setiap puak tinggal dalam kelompok masing-masing dan mereka terikat kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh kabilah mereka.
- Keadaan ini telah menimbulkan perasaan kesukuan yang menebal di kalangan ahli kabilah.
- Mereka juga sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka.
Keadaan Muncul Sifat Ini
- keadaan geografi dan suasana yang panas dan kering-kontang.
Peperangan antara satu kabilah dengan kabilah lain berlaku ats sebab yang kecil
- Peperangan al-Basus
- Peperangan berlaku antara Bani Taghlib dengan Bani Bakar
- Peperangan berlaku disebabkan tindakan seorang ahli Bani Bakar membunuh seorang ahli Bani Taghlib.
- Sungguhpun peperangan ini berpunca daripada perkara kecil tetapi peperangan ini memakan masa selama 40 tahun.
Peperangan al-Basus memperlihatkan sikap orang Arab Jahiliah yang suka berperang.
Recent Comments