Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliah

Uncategorized No Comments »

Terdiri daripada dua golongan:

Masyarakat Badwi (tinggal di kawasan pedalaman)

Masyarakat Hadari (menetap di kawasan pesisiran pantai)

Ciri-ciri

Agama dan Kepercayaan

Wathani (menyembah berhala)

Animisme (memuja alam seperti pokok)

Samawi (Kritian dan Yahudi)

Kepercayaan (menilik nasib, sihir, mempercayai roh orang mati menjadi burung)

Khurafat (kepercayaan karut atau tahyul)

Agama Hanif (agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t. sebelum wujudnya Nabi      Muhammad s.a.w., penganutnya digelar Hunafa)

Sosial

-perbuatan yang tidak bermoral seperti berjudi, berzina dan meminum arak.

-lelaki yang mabuk menunjukkan kesempurnaan sebagai seorang lelaki.

kedudukan wanita dalam masyarakat adalah rendah sehingga tidak dapat mewarisi harta pusaka ibu bapa.

-bayi perempuan ditanam hidup-hidup kerana dianggap menjatuhkan maruah keluarga.

-tidak ada peraturan khusus dalam soal perkahwinan yang boleh dijadikan panduan.

-seseorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita sekali gus atau dengan sesiapa yang disukainya.

Ekonomi

-aktiviti perniagaan dijalankan berasaskan riba dan penindasan.

-kegiatan merompak dan merampas barangan daripada *kafilah  merupakan punca mata pencarian dan kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap individu masyarakat Arab Jahiliah.

eksploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh golongan berada.

*kafilah: kumpulan manusia yang bergerak dari satu tempat dengan satu tujuan, contohnya berniaga atau berpindah.

– Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan Sistem Kabilah yang berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok.

– Setiap kabilah mempunyai identiti dan peraturannya sendiri.

– Sesuatu kabilah diketuai oleh seorang syeikh yang juga merupakan lambang perpaduan kaum mereka.

– Bakal syeikh mestilah berfikiran matang, gagah, berani, dan pandai berpidato.

Amalan Sistem Kabilah telah mendatangkan kesan yang negatif :

  1. Kemunculan semangat assabiah.
  2. Semangat kesukuan yang melampau.
  3. Tercetusnya peperangan di kalangan masyarakat.

– Kemunculan semangat assabiah ini berpunca daripada struktur Sistem Kabilah yang berasaskan keturunan.

– Dalam Sistem Kabilah setiap puak tinggal dalam kelompok masing-masing dan mereka terikat kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh kabilah mereka.

– Keadaan ini telah menimbulkan perasaan kesukuan yang menebal di kalangan ahli kabilah.

– Mereka juga sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka.

Keadaan Muncul Sifat Ini

– keadaan geografi dan suasana yang panas dan kering-kontang.

 Peperangan antara satu kabilah dengan kabilah lain berlaku ats sebab yang kecil

– Peperangan al-Basus

  • Peperangan berlaku antara Bani Taghlib dengan Bani Bakar
  • Peperangan berlaku disebabkan tindakan seorang ahli Bani Bakar membunuh seorang ahli Bani Taghlib.
  • Sungguhpun peperangan ini berpunca daripada perkara kecil tetapi peperangan ini memakan masa selama 40 tahun.

Peperangan al-Basus memperlihatkan sikap orang Arab Jahiliah yang suka berperang.

About

Uncategorized No Comments »

This is an example of an iSchool-Blog page, you could edit this to put information about yourself or your site so readers know where you are coming from. You can create as many pages like this one or sub-pages as you like and manage all of your content inside of iSchool-Blog.

Hello world!

Uncategorized 1 Comment »

Welcome to our blog!This blog is done by Cheah Yi Ting, chee Ning, Wendy Oh Suet Ching and Yeoh Ai Phing in P4C.

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in