Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliah

Uncategorized Add comments

Terdiri daripada dua golongan:

-Masyarakat Badwi (tinggal di kawasan pedalaman)

-Masyarakat Hadari (menetap di kawasan pesisiran pantai)

Ciri-ciri

Agama dan Kepercayaan

-Wathani (menyembah berhala)

-Animisme (memuja alam seperti pokok)

-Samawi (Kritian dan Yahudi)

-Kepercayaan (menilik nasib, sihir, mempercayai roh orang mati menjadi burung)

-Khurafat (kepercayaan karut atau tahyul)

-Agama Hanif (agama yang diturunkan oleh Allah s.w.t. sebelum wujudnya Nabi      Muhammad s.a.w., penganutnya digelar Hunafa)

Sosial

-perbuatan yang tidak bermoral seperti berjudi, berzina dan meminum arak.

-lelaki yang mabuk menunjukkan kesempurnaan sebagai seorang lelaki.

-kedudukan wanita dalam masyarakat adalah rendah sehingga tidak dapat mewarisi harta pusaka ibu bapa.

-bayi perempuan ditanam hidup-hidup kerana dianggap menjatuhkan maruah keluarga.

-tidak ada peraturan khusus dalam soal perkahwinan yang boleh dijadikan panduan.

-seseorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita sekali gus atau dengan sesiapa yang disukainya.

Ekonomi

-aktiviti perniagaan dijalankan berasaskan riba dan penindasan.

-kegiatan merompak dan merampas barangan daripada *kafilah  merupakan punca mata pencarian dan kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap individu masyarakat Arab Jahiliah.

-eksploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh golongan berada.

*kafilah: kumpulan manusia yang bergerak dari satu tempat dengan satu tujuan, contohnya berniaga atau berpindah.

- Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan Sistem Kabilah yang berasaskan cara hidup berpuak-puak dan berkelompok.

- Setiap kabilah mempunyai identiti dan peraturannya sendiri.

- Sesuatu kabilah diketuai oleh seorang syeikh yang juga merupakan lambang perpaduan kaum mereka.

- Bakal syeikh mestilah berfikiran matang, gagah, berani, dan pandai berpidato.

Amalan Sistem Kabilah telah mendatangkan kesan yang negatif :

  1. Kemunculan semangat assabiah.
  2. Semangat kesukuan yang melampau.
  3. Tercetusnya peperangan di kalangan masyarakat.

- Kemunculan semangat assabiah ini berpunca daripada struktur Sistem Kabilah yang berasaskan keturunan.

- Dalam Sistem Kabilah setiap puak tinggal dalam kelompok masing-masing dan mereka terikat kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh kabilah mereka.

- Keadaan ini telah menimbulkan perasaan kesukuan yang menebal di kalangan ahli kabilah.

- Mereka juga sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka.

Keadaan Muncul Sifat Ini

- keadaan geografi dan suasana yang panas dan kering-kontang.

 Peperangan antara satu kabilah dengan kabilah lain berlaku ats sebab yang kecil

- Peperangan al-Basus

  • Peperangan berlaku antara Bani Taghlib dengan Bani Bakar
  • Peperangan berlaku disebabkan tindakan seorang ahli Bani Bakar membunuh seorang ahli Bani Taghlib.
  • Sungguhpun peperangan ini berpunca daripada perkara kecil tetapi peperangan ini memakan masa selama 40 tahun.

Peperangan al-Basus memperlihatkan sikap orang Arab Jahiliah yang suka berperang.

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.

WP Theme & Icons by N.Design Studio
Entries RSS Comments RSS Log in
This site is protected by Comment SPAM Wiper.